Khamis, 13 Oktober 2016
Pengurusan Mayat Orang Yang Murtad
8:37 PG dakwah islam
-Mayat
orang murtad yang
dihukum bunug tidak boleh diurus seperti mayat-mayat
Islam.
- Mayatnya tidak perlu dimandi, tetapi kalau dimandikan hukumnya harus.
-Tidak boleh disembahyangkan.
Surah
Al-Taubah: ayat 84 (
Jangan kamu sembahyang ke atas seseorang yang
mati dari orang-orang kafir itu selama-lamanya)
Apa itu murtad ?
8:31 PG dakwah islam
Dari segi
Bahasa : Kembali
Dari segi Istilah : meninggal atau keluar dari
agama Islam dan memeluk mana-mana
agama atau mana-mana aqidah lain
atau mana-mana ajaran sesat dan menyeleweng samada dengan melalui perkataan atau melalui perbuatan atau apa-apa iktiqad, kepercayaan dan keyakinan hati.
Dan
sesiapa
diantara
kamu yang murtad
(berpaling
tadah) dari
agamanya
(agama Islam) lalu dia
mati, sedang
dia tetap
kafir, maka
orang yang demikian
rosaklah
amal usahanya
(yang baik) di dunia
dan di akhirat
dan mereka
itulah ahli
neraka, mereka
kekal di dalamnya
(selama-lamanya).
(surah al-Baqarah : 217)
(surah al-Baqarah : 217)
LANGKAH-LANGKAH MENGHINDARI PENYALAHGUNAAN DADAH
7:51 PG dakwah islam
Penyalahgunaan dadah merupakan salah satu musuh
utama di negara kita. Penyalahgunaan dadah adalah penggunaan dadah yang
bertentangan dengan kepentingan rawatannya. Penggunaan dadah akan menyebabkan
seseorang itu berada dalam keadaan mabuk, khayal, ketagih serta gangguan tingkah
laku tetapi penagih dadah menganggap dadah sebagai satu alat yang mampu membawa
perasaan gembira kepada mereka. Dengan pemikiran ini, penagih dadah akan terus
bergantung hidup kepada dadah dan menyebabkan ketagihan. Oleh itu, penagih
dadah akan berada dalam keadaan yang susah tanpa dadah.
Terdapat pelbagai langkah untuk menghindari dari
kegiatan penyalahgunaan dadah supaya ia berkurang dan kalau boleh dihapuskan
sama sekali. Antaranya ialah pihak kerajaan perlu mengenakan hukuman yang berat
kepada pengedar dan penagih dadah. Misalnya kerajaan perlu mengenakan hukuman
mati (gantung) kepada pengedar dadah. Hal ini adalah kerana tanpa pengedar
dadah ini sudah tentu penagih akan sukar memperolehi bekalan dadah. Begitu juga
kepada penagih dadah perlu dikenakan
hukuman yang berat. Sebagai contoh, hukuman bagi penyalahgunaan dadah jenis
‘Syabu’. Kesalahan mengedar dadah Syabu iaitu antara 20 gram hingga 50 gram
(dibawah seksyen 3 (a) Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27). Selain itu,
hukuman minima adalah 20 tahun penjara dan 15 kali sebatan. Jika melebihi
daripada 50 gram akan dikenakan hukuman mati (gantung) manakala kesalahan bagi
memakan dadah Syabu di bawah Seksyen 6 (b) Akta Penyalahgunaan Dadah Penggal
27, boleh dijatuhkan hukuman maksima 10 tahun penjara atau RM20,000.00 atau
kedua-duanya sekali.
Selain itu, pihak media massa juga dapat menyumbang
dalam membanteras masalah penyalahgunaan dadah ini. Sebagai contoh, pihak media
massa boleh menyiarkan berita atau cerita yang boleh membawa keinsafan kepada
remaja supaya mereka tidak melibatkan diri dalam penggunaan dadah. Hal ini
kerana yang baik kita dijadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan.
Segala rancangan televisyen dan bahan cetak yang mengandungi adegan-adegan
ganas yang boleh mempengaruhi minda remaja perlu ditapis terlebih dahulu
sebelum disiarkan atau diterbitkan. Selain itu, pihak media massa boleh
menganjurkan kempen-kempen kesedaran kepada orang ramai. Misalnya,
kempen-kempen kesedaran seperti ‘Kempen Anti Dadah’, ‘Belia Benci Dadah’ boleh
dianjurkan di peringkat sekolah ataupun di kalangan masyarakat. Di samping itu,
ceramah-ceramah tentang keburukan dadah juga boleh diadakan.
Langkah yang seterusnya ialah perlu mewujudkan
kerjasama di antara orang awam dan kerajaan bagi membanteras penyalahgunaan
dadah. Hal ini bertujuan supaya masyarakat sentiasa berganding bahu bagi
sama-sama mengelakkan diri daripada isu penyalahgunaan dadah yang semakin
berleluasa terutamanya dikalangan remaja ataupun dikenali sebagai belia.
Sebagai contoh masyarakat dan pihak kerajaan perlu memantau serta bertindak
pantas dalam melaporkan kegiatan-kegiatan yang mencurigakan ini.
Ibubapa perlu memainkan peranan yang penting dalam
menjaga serta mendidik anak-anak. Kesibukan ibubapa dalam pekerjaan mengakibatkan
anak-anak itu terbiar dan bebas dari kawalan ibubapa. Untuk mengelakkan
anak-anak dari terlibat dalam penyalahgunaan dadah, ibubapa harus memperhatikan
setiap pergerakan anak-anak mereka dan hendaklah sentiasa mengenalpasti masalah
yang dihadapi oleh anak-anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk
mengatasi masalah yang dihadapi oleh anak mereka. Ibubapa juga seharusnya
mengetahui rakan-rakan anak mereka yang digaul adalah mempunyai kedudukan moral
yang baik ataupun tidak. Melalui kasih sayang yang secukupnya, anak-anak tidak
akan terasa tersisih sehingga menyebabkan mereka terlibat dalam penyalahgunaan
dadah. Selain itu, ibubapa hendaklah memberikan didikan agama yang secukupnya
kepada anak-anak kerana didikan agama yang cukup dapat melahirkan anak-anak
yang dapat membezakan antara baik dan
buruk. Tambahan lagi, ibubapa hendaklah menjadi role model kepada anak-anak.
Akhirnya, penubuhan pusat-pusat pemulihan perlu
dipertingkatkan. Pihak kerajaan juga telah menubuhkan pusat-pusat pemulihan
yang bertujuan untuk memberi rawatan bagi penagih-penagih samada dari berbagai
peringkat umur, bangsa dan lain-lain. Hal ini kerana pihak kerajaan mahu
memberikan kesedaran kepada penagih-penagih dadah yang telah terlibat dengan
penyalahgunaan dadah. Secara ringkasnya, cara yang paling biasa digunakan untuk
mencegah penagih dari mengulangi tabiat mereka adalah melalui pemantauan yang
kerap dan berterusan, kaunseling, dorongan keluarga dan manipulasi sekitaran.
Ini kemudiannya diikuti dengan mencegah mereka dari bergaul semula dengan
rakan-rakan lama mereka yang turut sama terlibat dan juga mencegah mereka
daripada memperolehi bekalan dadah dengan mudah. Memantau individu yang
terlibat adalah amat penting.
Kesimpulannya, dadah membawa banyak kesan buruk.
Penyalahgunaan dadah yang berpunca daripada banyak faktor mengakibatkan banyak
masalah sosial berlaku. Oleh itu, semua pihak hendaklah berganding bahu dan
mengatur strategi untuk mengatasi masalah ini yang juga dianggap musuh utama
negara. Antaranya adalah pihak-pihak yang bertanggungjawab terutamanya pihak
kerajaan hendaklah mengatur langkah untuk menangani masalah tersebut. Namun, ia
tidak akan berjaya sekiranya kita sebagai rakyat tidak mahu bekerjasama untuk
membanteras masalah ini. Ibubapa perlu memainkan peranan membimbing anak-anak
mereka supaya menjauhi dadah. Masyarakat perlu insaf bahawa masalah dadah boleh
membebankan keluarga dan negara. Akhirnya, masyarakat haruslah terus memerangi
dadah agar masyarakat tidak menjadi lemah.
MAKSUD DADAH
6:34 PG dakwah islam
Purata bagi pengambilan dadah adalah sangat
meningkat dan tidak dapat dibendung. Dadah juga telah berleluasa sebagai satu
fenomena yang membahayakan khususnya bagi golongan remaja. Kini dadah terdapat
di dalam pelbagai bentuk dan hampir sama seperti ubat-ubatan yang biasa. Dadah
juga semakin meningkat permintaannya kerana sesetengah dari golongan remaja ini
tidak diberitahu akan kemudaratan dadah ini. Hal ini, akan menjerumuskan remaja
tersebut kedalam gejala penagihan dadah dan akan menyebabkan berlakunya
pelbagai jenis maksiat yang semakin berleluasa. Dadah juga perlu diberi
perhatian supaya gejala ini dapat dibendung serta dihapuskan terus dari negara
ini. Oleh itu, bagi mengelakkan gejala ini tersebar luas, maka semua pihak
perlu untuk berganding bahu dalam mencegah gejala penagihan dadah.
Rata-rata rakyat Malaysia berbicara tentang dadah,
tetapi pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri apakah sebenarnya yang
dimaksudkan dengan dadah. Dadah merupakan najis yang telah mengancam negara kita
sejak sekian lama dan isu penyalahgunaan dadah masih kekal menjadi musuh utama negara. Dadah secara
rationalnya digambarkan sebagai sesuatu yang negatif dan perlu dijauhi.
Penyalahgunaan dadah berlaku apabila dadah digunakan bukan untuk tujuan
perubatan dan diambil oleh seseorang tanpa pengawasan pihak perubatan. Dadah
memberikan kesan negatif ke atas sistem badan, tingkah laku manusia dan
sebagainya. Keburukan yang diterima oleh pengambil dadah adalah lebih banyak
berbanding kebaikan dan manfaatnya yang boleh didapati. Jika diteliti, dadah
disalah gunakan untuk kepentingan diri sendiri seperti mengelakkan rasa sakit,
mendapatkan rasa segar, mengelakkan tekanan hidup, melarikan daripada
kesengsaraan dan sebagainya.
Bagi menjelaskan dengan lebih mendalam lagi, dadah
yang diertikan sebagai “drug” didalam bahasa Inggeris dan lazimnya dimaksudkan
sebagai ubat-ubatan. Perkara penting mengenai dadah ianya selalu di salah guna
atau di dalam perkataan yang mudah iaitu “misuse” dan “abuse”.
Selain itu, dadah juga bermaksud bahan yang
digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan simptom atau mengubahsuai proses
kimia di dalam badan untuk tujuan-tujuan tertentu. Walaubagaimanapun, bukan
semua bahan yang dimakan dianggap dadah. Misalnya, ubat-ubatan yang dimakan
secara normal tidak dianggap sebagai dadah kerana ia dimakan secara betul dan
mengikut dos yang telah ditetapkan oleh doktor melainkan ubat-ubatan tersebut
diambil khas utuk tujuan tertentu. Sebagai contoh ubat batuk yang dimakan
secara normal dan mengikut dos yang telah ditetapkan maka pemakan tidak akan
mengalami simptom-simptom yang aneh malah dapat mengurangkan kesakitan
tersebut. Bagi pemakan yang mengambil ubat batuk dengan tidak mengikut dos yang
ditetapkan dengan menelan terus kesemua sekali ubat tersebut dalam waktu yang
sama akan menyebabkan perubahan simptom badan seperti mengalami pening kepala
dan seterusnya menyebabkan khayalan.
Dari sudut agama, dadah juga dibincangkan secara
khusus. Di dalam kitab suci Al-Quran juga menerangkan secara jelas dan nyata,
istilah “khamar” yang diharamkan digunakan bagi semua bahan yang memabukkan
atau boleh menghilangkan fikiran. Oleh yang demikian, dadah boleh dikategorikan
sebagai satu daripada jenis “khamar” kerana ia boleh memabukkan, mengkhayalkan
dan menyebabkan penagihan seterusnya akan berlakunya pergantungan, perubahan
tingkah laku iaitu dari segi emosi, ragam dan pemikiran. Dadah juga telah
diharamkan kerana ia dapat memabukkan dan menyebabkan ketagihan. Dadah telah
pun diharamkan sejak turunnya ayat yang mengatakan apa sahaja bahan yang dapat
memabukkan dan pergantungan ke atasnya. Oleh itu, apa-apa sahaja bahan yang
dapat memabukkan dan pergantungan adalah haram disisi Al-Quran dan akan dijatuhkan hukuman yang berat kelak.
Secara umumnya, dadah bermaksud sebarang bahan kimia
yang psikoaktif, samada berbentuk asli yang belum diubah bentuknya seperti daun
ketum atau tiruan yang diubah bentuk dan fizikalnya menjadi seperti air ketum.
Apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau
dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dengan
menjadikan seseorang itu berada dalam keadaan yang memabukkan, mengkhayalkan
dan menyebabkan penagihan samada dari segi fizikal iaitu berubahnya seseorang
kepada seorang yang kotor, busuk dan tidak terurus atau mental seperti gila.
Isnin, 10 Oktober 2016
Muqhadimah
7:25 PTG dakwah islam
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah. Kita bersua kembali. (n_n)
Saya sebagai pihak administrator memohon maaf atas sebab sudah lama tidak mengemaskini Blog Dakwah Islamiah ini.
InsyaAllah. Mulai saat ini. Jika berpeluang, saya akan cuba sedaya upaya untuk mengemaskini blog ini dengan medium-medium dakwah, nasihat, tazkirah, doa dan macam-macam lagi. InsyaAllah.
Semoga Allah permudahkan. =)
Langgan:
Catatan
(
Atom
)